Tuesday 31 January 2012

MAKLUMAT LANJUT berkaitan koko di Malaysia




Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan koko di Malaysia,
pengunjung bolehlah mengunjungi laman web yang disertakan 
ataupun terus ke alamat beberapa agensi 
seperti yang di senaraikan di bawah:


1)  LEMBAGA KOKO MALAYSIA
Alamat: Tingkat 5 & 6, Wisma SEDCO,
Beg Berkunci 211,
88999, Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088-234477
Faks: 088-239575, 2530



                                                                                                                                


2) PUSAT PENYELIDIKAN HILIRAN KOKO
Alamat : Pusat Penyelidikan Hiliran Koko, 
Lot 3, Jalan P/9B, Section 13, 
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Telefon : 03-8926 7800 



Saturday 28 January 2012

SEJARAH COKLAT

Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.

Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersil bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersil apabila kaltivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam dinegara ini.

Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau dalam FamiliSterculiaceae, yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Benih koko biasanya digunakan untuk menghasilkan koko dan coklat.

Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300 m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dalam bentuk mentega koko).

Biji koko biasanya digunakan sebagai matawang pada zaman Pre-Kolumbian Mesoamerika. Di sesetengah kawasan, seperti Yucatan, biji koko masih digunakan bagi menggantikan syiling kecil sehingga akhir 1840an.





Sumber: Wikipedia
KOKO





Gambar : Pokok koko bersama buah koko

Koko, madu kepada dewata di mana nama saintifiknya Theobroma Cacao jika diterjemah dari bahasa Greek bermakna makanan dewata mempunyai sejarah bermula dari tahun 1662. Pada peringkat awal, koko dikaitkan dengan ketuhanan di mana penyembahan dibuat setiap kali pokok koko ditanam.

Koko telah berjaya menguasai seluruh negara dan benua-benua dunia dalam masa 500 tahun sejak ia pertama kali ditemui oleh masyarakat kaum Maya dan Aztecs di Amerika Selatan.
Kaum Aztec menganggap minuman koko sebagai minuman Maharaja sahaja. Kaum Maya di Yucatán dan Aztec di Mexico telah menanam koko dan dipercayai Maharaja Aztec Montezuma seringkali menikmati hidangan minuman Chocolath iaitu campuran nib koko yang dipanggang, jagung, air dan rempah.


Peta menunjukkan negara Amerika Selatan 
yang merupakan negara asal bermulanya tanaman pokok koko

Koko mula berkembang ke Sepanyol 20 tahun kemudian setelah ianya dibawa balik oleh pengembara-pengembara Eropah. Pada peringkat awal, koko hanya dinikmati oleh orang-orang Sepanyol. Bekalan koko yang terhad menyebabkan mereka menyimpan rahsia 
kegunaan koko selama 100 tahun. 

Hernando cortez telah membawa balik koko serta resipi minuman chocolath ke Sepanyol pada tahun 1528. Kemudian berlaku transformasi di mana gula mula dicampur. Penemuan rempah-rempah baru seperti vanila dan kayu manis juga telah digunakan sebagai perisa.

Selepas itu, koko terus berkembang ke benua-benua lain, Perancis pada tahun 1615, UK pada tahun 1650 dan Amerika pada tahun 1755. Sehingga kini, koko merupakan perisa yang paling popular dan digemari di seluruh dunia.

Koko mula diperkenalkan di Asia Tenggara oleh orang Sepanyol pada kurun ke 17. Mereka membawa koko dari Amerika Latin ke Filipina dalam tahun 1670. Adalah dipercayai bahawa pokok koko kemudiannya dibawa ke Indonesia dan Sabah pada awal kurun ke-18.



Peta menunjukkan negara-negara terawal yang menerima penaman pokok koko, 
iaitu Filipina, Indonesia dan Malaysia (Sabah)

Di Malaysia, kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di Melaka dalam tahun 1778. 
Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian Serdang dan Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di antara tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di Jerangau, Terengganu yang melibatkan kawasan seluas 403 hektar.



Peta menunjukkan kawasan tanaman koko yang pertama di Malaysia
iaitu Melaka

Percubaan penanaman koko seterusnya dijalankan di Serdang, Cheras, Kuala Lipis dan Temerloh di antara tahun 1936 hingga 1940. Walau bagaimanapun, penanaman koko secara aktif hanya berlaku selepas perang dunia kedua. Koko secara rasminya ditanam di Quoin Hill, Tawau, Sabah pada tahun 1960.




Peta menunjukkan kawasan penanaman koko secara rasminya iaitu;
Quoin Hill, Tawau, Sabah




 sumber : Google
LEMBAGA KOKO MALAYSIA

Wednesday 25 January 2012

SELAMAT DATANG!

ASSALAMUALAIKUM 
DAN
SALAM SEJAHTERA 
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG!


Blog ini memaparkan info-info tentang coklat di mana kebanyakan sumber-sumber di dalam blog ini adalah dikumpulkan daripada internet