Saturday 18 February 2012

Betul ke coklat punca berlakunya JERAWAT?



Coklat seringkali di anggap sebagai punca berlakunya jerawat terutama sekali dalam kalangan remaja.
Betul ke??
                                                                    


Ensiklopedia Dermatologi telah menjelaskan dengan tepat sekali bahawa pemakanan tidak langsung menyumbang kepada berlakunya jerawat
Tetapi, amalan pemakanan yang kurang baik yang menjadi punca kepada berlakunya jerawat.


Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang itu telah mencapai usia baligh di mana pertambahan horman dalam badan menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jadi, apabila aliran sebum tersebut tersekat, maka sebum yang terkumpul itu akan menyebabkan terhasilnya jerawat.



Namun, kita haruslah mengambil coklat dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat kerana ada kajian menyatakan bahawa kandungan dalam coklat juga akan merangsang penghasilan kelenjar minyak.


Jadi, sekarang kita tak perlulah risau lagi untuk memakan coklat!


                                                                 


0 comments:

Post a Comment